MAJLIS AWI PENGARAGAAN 2012

23 Mei 2012 (Rabu) – Majlis Awi Pengaragaan sempena Pelancaran Perayaan Hari Guru Kali Ke-41 Peringkat Negeri Sabah telah diadakan di Hotel Sabah, Sandakan. ”Awi Pengaragaan” membawa maksud malam penghargaan dalam bahasa suku kaum Sungai Paitan yang juga merupakan sukuan etnik yang terbesar di daerah Beluran. Majlis yang diadakan ini adalah untuk memberi pengiktirafan dan penghormatan terhadap sesuatu pencapaian, hasilan atau jasa bakti seseorang insan yang bergelar guru. Majlis turut dihadiri oleh Y Bhg. Datuk Dr. Haji Muhiddin Bin Yusin, Pengarah Pelajaran Negeri Sabah. Dalam majlis yang berlangsung pada malam itu, SMK Bandaraya Kota Kinabalu mendapat dua pengiktirafan iaitu Anugerah Guru Inovatif kategori kumpulan yang dibarisi oleh Encik Chia Mun Meng, Encik Norallysham Stoh, Puan Janet Mak, Puan Nadia Richard dan Anugerah Guru Dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi oleh Encik Seng Kok Leong. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas atas kejayaan ini.

By smkbkk12

SUKAN TARA

23 Mei 2012 (Rabu) – Sukan Tara yang diadakan serentak bersama dengan Bazar Amal turut menambah kemeriahan kedua-dua aktiviti selama dua hari ini. Lapan buah rumah sukan akan merebut kejuaraan dalam Sukan Tara yang menyaksikan persaingan sengit dalam sukan sekolah nanti. Tunggu dan lihat … rumah sukan mana yang akan muncul sebagai antara yang terbaik … Majulah Sukan Untuk Negara.

By smkbkk12

BAZAR AMAL 2012

21 Mei 2012 (Isnin) – Bazar Amal SMK Bandaraya Kota Kinabalu akan diadakan pada 23 hingga 24 Mei 2012 di sekitar kawasan sekolah. Terdapat lebih 20 bazar yang akan menjual makanan dan minuman pada waktu  itu. Selain daripada itu, gerai permainan yang menyoronokkan juga boleh terdapat di sini. Kupon-kupon boleh didapati dalam 2 jenis iaitu RM5 dan RM10 dalam 1 buku. Kupon-kupon boleh beli terus di pejabat am sekolah, kaunter kupon (23-24 Mei) atau dengan guru-guru SMK Bandaraya Kota Kinabalu. Untuk sebarang pertanyaan bolehlah hubungi En. Mozes Marius (0168312706) atau Pn. Radziah Bt. Ghazali (0124649697). Jangan lepaskan peluang ini dan segera belilah kupon sambil menderma.

By smkbkk12

PROGRAM KEM BINA URUS KOMPUTER

12 Mei 2012 (Selasa) – Prorgram Kem Bina urus Komputer, Universiti Malaysia Sabah dengan kerjasama SMK Bandaraya Kota Kinabalu telah berjaya melaksanakan program ini pada 12 Mei 2012 (Sabtu) bertempat di Makmal komputer SMK Bandaraya Kota Kinabalu. Seramai 50 orang pelajar telah mengikuti program ini dengan dibantu oleh pelajar-pelajar tahun 1 hingga tahun akhir UMS. Program ini di ketuai oleh Cik Nurul Jannah Bt. Zulkafli selaku pengarah program dengan dibantu oleh pelajar-pelajar UMS. 
Objektif program:
1.  untuk mengaplikasikan kemahiran-kemahiran yang dipelajari dalam kehidupan harian.
2.  untuk memanfaatkan kemahiran insaniah dalam kalangan peserta kursus.
3.  untuk memberi pendedahan dan pengetahuan asas komputer kepada para peserta.
Majlis penutupan telah disempurnakan oleh En. Thomas George, pensyarah Bina Urus Komputer UMS. Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada pihak UMS khasnya Pusat Kokurikulum & Pemajuan Pelajar kerana memilih SMK Bandaraya Kota Kinabalu untuk melaksanakan program ini.

By smkbkk12

PERTANDINGAN BOLING

8 Mei 2012 (Selasa) – Komiti Staf SMK Bandaraya Kota Kinabalu telah menganjurkan pertandingan boling berpasukan antara staf sekolah. Pertandingan ini telah diadakan di 1 Borneo pada pukul 8.00 malam. Pertandingan ini adalah merupakan salah satu acara sempena sambutan hari guru pada tahun ini. Melalui pertandingan ini, ia bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama warga sekolah di samping memupuk semangat berpasukan di kalangan guru. Akhirnya, pasukan yang diketuai oleh cikgu Mazlan Saat telah muncul sebagai johan keseluruhan dengan mengalahkan juara bertahan iaitu pasukan yang diketuai oleh cikgu Norallysham Stoh. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh PK Kokum, cikgu Affendy Bin Ariffin.

By smkbkk12

MERCU SPM PENDIDIKAN MORAL

26 April 2012 (Khamis) – Program Menuju ke Mercu SPM Pendidikan Moral anjuran Panitia Pendidikan Moral telah diadakan di Blok Akademik Baru SMK Bandaraya Kota Kinabalu. Program ini melibatkan semua pelajar tingkatan lima. Program yang julung kali diadakan ini berjalan dengan lancar dan sukses.
Objektif program ini ialah:
1. melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif untuk menghasilkan bahan bantu belajar.
2. meningkatkan sahsiah diri dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan pelajar.
3. meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Moral SPM supaya mempunyai keyakinan menjawab soalan peperiksaan.
4. meningkatkan kemahiran pelajar mengaplikasikan teknik menjawab soalan yang betul dengan sasaran ‘A’ dalam SPM 2012.
5. meningkatkan tahap penguasaan pelajar dalam mendefinisikan nilai dengan tepat melalui akses kendiri D’Ni-Mo berasaskan ICT.
6. meningkatkan motivasi pelajar dan membuat persiapan lebih terancang untuk menghadapi peperiksaan.
Panitia Pendidikan Moral ingin mengambil kesempatan ini merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr. Shirley Tay Siew Hong, Pengetua Cemerlang DG54; Pn. Hajjan Rozi Bt Samdin, PK Pentadbiran; Cik Tan Peng Jeng, Ketua Bidang Kemanusiaan; En. Richard Benjamin, Ketua Panitia Pendidikan Moral dan semua guru Pendidikan Moral yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini.
By smkbkk12

PROGRAM “Kembara Bakti Siswa”

26 April 2012 (Khamis) – Sekumpulan pelajar dari Fakulti Senibina Perancangan Dan Ukur, UiTM Shah Alam merupakan wakil dari persatuan Operasi Masyarakat (OPKIM) peringkat fakulti dari UiTM Shah Alam telah melaksanakan program “Kembara Bakti Siswa di Sabah” dengan kerjasama Yayasan Amal Sabah dan UiTM Sabah.

SMK Bandaraya Kota Kinabalu telah terpilih sebagai salah satu tempat untuk melakukan aktiviti ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah program motivasi bersama pelajar sekolah dan gotong royong membersih dan mengindahkan kawasan dalam sekolah dengan membuat rekabentuk landskap ke atas lokasi yang berhampiran Makmal Sains baru. 

By smkbkk12

MAJLIS IHTIFAL & INOVASI 2012

24 April 2012 (Selasa) – Majlis Ihtifal dan inovasi yang menyatukan beberapa acara majlis seperti Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang, Majlis Penutupan Bulan Sains & Inovasi, Majlis Penutupan Bulan Vortek dan Majlis Pelancaran Buku ARC Pre U telah dilangsungkan secara meriah di Dewan Perdana SMK Bandaraya Kota Kinabalu. Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Datuk Dr. Haji Muhiddin Bin Yusin antara jemputan khas diberi penghormatan untuk merasmikan majlis pada kali ini. YDP PIBG SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Pn. Nur Atikah Abdullah juga turut hadir sebagai tanda sokongan kepada pihak pengurusan sekolah. Acara kemuncak ialah pelancaran Buku ARC Pre U yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar tingkatan enam oleh Datuk Pengarah Pelajaran Sabah.
Para hadirin juga dihiburkan dengan persembahan Napkin Muzikal oleh pelajar-pelajar Katering dan Sajian di bawah pimpinan Pn. Fatimah Digong. Di penghung majlis, semua jemputan  mengambil peluang dan kesempatan untuk melawat pameran yang disediakan oleh pihak sekolah. Antaranya ialah pameran NIE, Seed of Hopes, Sindex dsb.   

By smkbkk12

PELANCARAN PROJEK WIFI SEKOLAH

21 April 2012 (Sabtu) – Majlis Pelancaran “Projek Sekolah WiFi” oleh SEDCO Communication Sdn. Bhd. (SEDCOM) telah diadakan di dewan Perdana SMK Bandaraya Kota Kinabalu. SMK Bandaraya Kota Kinabalu merupakan sekolah pertama di Sabah yang melancarkan projek WiFi sekolah.
Sebelum majlis pelancaran WiFi ini bermula, taklimat promosi pakej jalur lebar CELCOM telah disampaikan oleh Pn. Sifera Kadoh selaku Pengurus Kawasan KK Metro (Celcom). Selepas tamatnya taklimat oleh pihak CELCOM, Majlis Pelancaran “Projek Sekolah WiFi” telah dirasmikan bersama oleh En. Jani @ Zaini Hj. Isa selaku Timbalan Pengerusi Kumpulan Sedcom & Pengerusi Eksekutif SEDCOM dan Dr. Shirley Tay Siew Hong selaku Pengetua Cemerlang DG54 SMK Bandaraya Kota Kinabalu. Antara jemputan khas yang menghadiri majlis ini ialah En. Jasmi Adnan Thien, Ketua Eksekutif SEDCOM, Tn. Hj. Bukhari Yahya, Pengarah SKMM Wilayah Sabah & Labuan dan En. James Gonius, wakil PPD Kota Kinabalu.
Dengan adanya kemudahan WiFi ini, semoga ia akan memberi manfaat kepada semua warga sekolah dan seterusnya meningkatkan penggunaan ICT dalam usaha memantapkan dan meningkatkan lagi pembestarian sekolah pada masa-masa akan datang.

By smkbkk12

LAWATAN SAMBIL BERKURSUS

19 April 2012 (Khamis) – Lawatan sambil berkursus ke Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu banyak memberi manfaat kepada pelajar-pelajar ICT. Seramai 40 orang pelajar dan guru ICT telah mengikuti aktiviti ini sempena Bulan Teknik dan Vokasional. Lawatan ini bersesuaian dengan tema tahun ini iaitu “Transformasi Ke Arah Kecemerlangan Akademik” untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar ICT mengenali dunia IT secara dekat. Pihak ILP telah mengadakan kursus “PC Assembling” dan “Installation” kepada pelajar-pelajar ini di Pusat Komputer ILP. 

Pada awal sesi lawatan, En. Fakhrul Asni Bin Ahmad Sabki, dari ILP telah memberi taklimat ringkas tentang sejarah dan pencapaian ILP serta kursus-kursus yang ditawarkan. Selepas itu, pelajar-pelajar telah dibahagikan kepada dua kumpulan untuk mengikuti kursus-kursus yang telah disediakan oleh pihak ILP. Pelajar-pelajar telah diberi penerangan serta demontrasi cara pemasangan komputer oleh En. Mohd Nazri, penolong pegawai latihan vokasional dan  “installation Operating System” oleh Cik Asyattie Bt. Jiman dari Jabatan Komputer & Pengajian Am.

Diakhir sesi lawatan, semua pelajar dibawa ke bengkel Jabatan Rekabentuk dan Senibina untuk melihat modul-modul rumah yang dihasilkan oleh pelajar ILP. Pelajar-pelajar ICT tertarik dengan modul-modul rumah yang cantik dan kreatif yang dipamerkan. Pihak SMK Bandaraya Kota Kinabalu khasnya Panitia ICT ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak ILP (Jabatan Komputer dan Pengajian Am) kerana sudi menerima lawatan kami dan semoga jalinan ini akan berterusan pada masa-masa akan datang.

By smkbkk12